23/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI SKIM STRATA BERIKUT: - Pangsapuri Sri Proton, Kg. Jawa Klang - Pangsapuri Taipan, Bandar Armada Putra


Pangsapuri Sri Proton, Kg. Jawa Klang ;

Lawat periksa telah dibuat pada 29/03/2011 bertujuan memantau kerja-kerja pembaikan tangki air dan saluran paip yang bocor.

Hasil daripada lawatan pihak kami, Keadaan pangsapuri yang bersih dan diselenggara dengan baik oleh pihak pengursan dan hanya terdapat sedikit masalah kecil. Di antaranya, pihak pengurusan terpaksa membuat sambungan pintas dari saluran kumbahan ke longkang yang meyalurkan sisa-sisa kumbahan kerana saluran yang sediada telah tersumbat dan tidak dilesenggara oleh pihak Indah Water Sdn Bhd. Pihak pengurusan juga telah memaklumkan kepada pihak penduduk berkenaan perkara tersebut supaya tiada perselisihan faham diantara pihak pengurusan dan pihak penduduk. Pihak pengurusan memaklumkan, mereka ada menyewakan unit-unit rumah yang kosong kepada pekerja-pekerja syarikat swasta untuk dijadikan hostel pekerja. Wakil Persatuan Penduduk mengadu, banyak pagar-pagar yang telah dilubangkan dan dirosakkan oleh penduduk sendiri disebabkan mereka hendak menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama yang terletak bersebelahan pangsapuri mereka.

Pangsapuri Taipan, Bandar Armada Putra

Lawat periksa dibuat bagi memantau samada kerja-kerja pembaikan saluran paip yang bocor. Pihak LPHS telah memperuntukkan sejumlah RM40,000.00 bagi menampung kerja-kerja pembaikan kebocoran paip tersebut. Walaubagaimanapun, kerja-kerja pembaikan masih belum dijalankan oleh pihak kontraktor yang dilantik oleh pihak Majlis. Pihak COB akan memantau dan memastikan kerja-kerja pembaikan paip tersebut dilaksanakan dan disiapkan mengikut tempoh yang diberikan oleh pihak LPHS.