14/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI PANGSAPURI PERDANA VILLA













Lawatan tapak telah dibuat di Pangsapuri Perdana Villa pada 22/04/2010 berhubung aduan kebocoran tangki utama  yang menyalurkan air ke semua unit petak.

Hasil daripada lawat periksa tersebut mendapati memang terdapat kebocoran tangki utama tetapi sudah dibaiki oleh kontraktor yang dilantik oleh pihak pengurusan Pangsapuri Perdana Villa. Penyebab berlaku kebocoran tersebut adalah disebabkan oleh jenis dan bahan yang digunakan tidak memenuhi piawai keselamatan dan jangka masa tangki yang digunakan hanya untuk 3 atau 4 tahun sahaja. Saluran paip yang digunakan juga tidak dapat menampung tekanan air dan berlakunya kebocoran. Tapak bagi meletakkan tangki juga sudah sedikit mendap dan ini membahayakan  kestabilan dan kedudukan tangki air tersebut. Pihak pengurusan juga telah memaklumkan kepada pihak kami yang menyatakan pihak pemaju akan membuat pengubahsuaian unit kedai yang tidak dapat dijual kepada unit rumah.