22/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI SKIM STRATA BERIKUT: - Apartment Bayu Villa, Taman Bayu Perdana







Pangsapuri Bayu Villa ;

Lawat periksa telah dibuat pada 18/2/2011 berkenaan aduan daripada Ahli Majlis MPK, En. Lim Lip Suan berkenaan aduan keretakan pada struktur bangunan yang agak serius.

Hasil daripada lawatan pihak kami, aduan tersebut adalah benar dan terdapat keretakan pada ruang rehat unit-unit rumah di bawah. Pihak kami juga telah membuat surat meminta penjelasan berkenaan perkara tersebut daripada pihak menyelenggara iaitu Allied Group Properties Services (KL) tetapi masih belum ada maklumbalas daripada pihak pengurusan bangunan.