Lokasi : PANGSAPURI PERDANA VILLA
Aduan : Penyelenggaraan Pangsapuri Kurang Memuaskan
Tarikh : 27.8.2013
Masa : 3.00 pg
Ringkasan Laporan :-
Satu lawat periksa telah dijalankan berhubung aduan pelaksanaan
penyelenggaraan Pangsapuri Perdana Villa kurang memuaskan. Hasil pemantauan
yang dibuat mendapati terdapat sesetegah kawasan yang tidak dijaga seperti
kolam renang, lif, jalan dan juga dewan. Menurut pihak ejen pengurusan
pangsapuri tersebut, mereka tidak dapat menyenggara bangunan tersebut sepenuhnya.
Kutipan wang penyelenggaraan kurang memberangsangkan kerana mereka juga baru
sahaja mengambil alih pengurusan bangunan daripada G3 (Garisan Tiga Enterprise).