26/09/2013

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI SKIM STRATA PANGSAPURI TAIPAN, BANDAR ARMADA PUTRA, PULAU INDAH

Lokasi  : Pangsapuri Taipan, Bandar Armada Putra Pulau Indah
Aduan   : 1- Air Bertakung Di Unit Kediaman 53-1A Blok B
          2- Sampah Yang Dibuang Di Dalam Unit 49-2A Blok B
Tarikh  : 20.08.2013

Masa    : 10.00 pg

Ringkasan Laporan :-

Satu lawat periksa telah dijalankan di Pangsapuri Taipan Bandar Amandar Putra, Pulau Indah berhubung aduan terdapat takungan air di dalam unit kediaman 53-1A Blok B. Hasil siasatan yang dibuat mendapati punca takungan air tersebut disebabkan saluran paip air yang pecah dan telah menyebabkan lempahan air di unit tersebut. Pengadu juga turut berasa kesal dengan segelintir penduduk yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di dalam unit 49-2A kerana unit tersebut tiada penghuni dan ditinggalkan kosong bergitu sahaja.