26/09/2013

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI SKIM STRATA PALM GARDEN, BANDAR BARU KLANG

Lokasi  : Pangsapuri Palm Garden
Aduan  : Lampu sentiasa menyala di kawasan koridor
Tarikh  : 10.7.2013

Masa     : 10.00 pg

Ringkasan Laporan :-

Satu lawat periksa telah dijalankan berhubung aduan lampu di koridor sentiasa menyala. Lawat periksa yang dibuat mendapati aduan tersebut tidak benar kecuali lampu di kawasan tempat letak kereta. Hanya lampu di kawasan tempat letak kereta sahaja yang menyala ini kerana kawasan tersebut gelap sekiranya lampu tidak dipasang. Unit pemantauan telah membuat pemeriksaan di beberapa aras dan mendapati tiada lampu yang menyala di kawasan koridor.