Lokasi : Pangsapuri Palma Blok D,
Bandar Botanic
Aduan : Saliran air hujan tersumbat
Tarikh : 24.9.2013
Masa : 11.00am
Ringkasan Laporan :-
Satu lawat periksa telah dibuat di Pangsapuri Palma Blok D, berhubung
aduan saliran air hujan tersumbat menyebabkan air bertakung dan membuat semua
penduduk di tingkat bawah blok D berada dalam keadaan tidak selesa. Menurut
salah seorang pemilik unit tersebut, masalah ini sudah lama di hadapi oleh
penduduk. ini kerana sistem saliran sebenar yang sepatut digunakan kini tidak berfungsi
seperti sediakala. Pekara tersebut berlaku disebabkan, penduduk Pangsapuri
Palma blok D telah membuat ubahsuai pada saluran paip sinki terus ke paip
saluran air hujan. Ini menyebabkan paip yang sepatutnya menggalirkan air hujan
dipenuhi sisa makanan dan minyak masak dan perkara tersebut menyebabkan paip telah
tersumbat dan tidak dapat menjalankan fungsi sebenarnya.