Lokasi : Pangsapuri Taman Permai Indah, Pandamaran
Aduan : Penyelenggaraan Tidak Memuaskan
Tarikh : 23.9.2013
Masa : 11.00am
Ringkasan Laporan :-
Satu lawat periksa telah dibuat di Pangsapuri Permai Indah berhubung
aduan penyelenggaraan bangunan tidak memuaskan. Lawat periksa yang dibuat
mendapati ada beberapa buah lif tidak berfungsi terutama lif bomba. Pangsapuri
Permai indah mempunyai 4 blok setiap blok mempunyai 2 buah lif satu lif utama
dan satu lagi lif bomba. Hasil lawat periksa yang dibuat juga mendapati tedapat
kerosakan pada bumbung rumah sampah. Terdapat dua buah rumah sampah di
pangsapuri tersebut diantara blok A, B dan C, D. Selain itu, terdapat
tokong-tokong yang dibina didalam kawasan pangsapuri. Pembinaan tokong tersebut
membuatkan ketidakselesaan kepada penduduk pangsapuri tersebut.