26/09/2013

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI SKIM STRATA,FLAT MAWAR & CEMPAKA, BANDAR BARU KLANG

Lokasi  : Flat Mawar dan Cempaka
Aduan  : Taklimat Dan Perasmian Skim Seroja Di Flat Mawar Dan Cempaka
Tarikh  : 21.8.2013

Masa    : 10.00 pg

Ringkasan Laporan :-

Perasmian dan taklimat Skim Seroja telah diadakan pada 20.8.2013 jam 9.00 malam bertempat di flat Mawar dan Cempaka. Skim Seroja tersebut telah di rasmikan oleh Pn.Nor Ain bt. Eusoff Ahli Majlis kawasan Kota Anggerik dan Batu Tiga. Sebelum taklimat Skim Seroja dimulakan, Pengarah Pesuruhjaya Bangunan (COB) En.Ari Bin Hj.Adam telah memberi ucapan ringkas kepada penduduk Mawar dan Cempaka. Taklimat berhubung Skim Seroja telah disampaikan oleh Azaharee Bin Jameludin Pegawai Perpaduan Dearah Klang bagi menerangkan lebih lanjut berkenaan matlamat penubuhan Skim Seroja tersebut. Kata-kata penutup telah disampaikan oleh Puan Azlina Binti Ismail Penolong Pengarah Unit Pengurusan Bangunan Strata.