03/07/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA ADUAN DI APARTMENT IDAMAN SENTOSA, TAMAN SENTOSA, KLANG.


Aduan : Aduan semak samun dan longkang tersumbat di sekeliling Apartment Idaman Sentosa.


Lokasi Aduan : Apartment Idaman Sentosa, Jlan Bendahara 47A, Taman Sentosa, Klang.


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 28/06/2012 @ 3.15 p.m


Ringkasan Laporan :

Lawat periksa telah dilakukan di lokasi aduan dan pemerhatian pihak kami mendapati aduan tersebut adalah BENAR. Saluran longkang di sekeliling pangsapuri dipenuhi air yang tidak mengalir ke longkang besar disebabkan longkang di luar apartment telah tersumbat dan tidak diselenggara oleh pihak Majlis. Pengadu bimbang, jika perkara tersebut berterusan, boleh menyebabkan pembiakan nyamuk denggi. Kawasan tapak pembinaan yang tidak siap juga dikhuatiri boleh menyebabkan pembiakan nyamuk denggi dan tempat tinggal binatang berbisa. Pihak pengadu telah beberapa kali membuat aduan kepada pihak pemaju tetapi tiada tindakan susulan yang di ambil oleh pihak pemaju. Walaubagaimanapun, pihak kami akan memanjangkan aduan tersebut kepada pihak yang berkaitan untuk tindakan.

LAPORAN LAWAT PERIKSA ADUAN DI FLAT JALAN SENTOL, PANDAMARAN, KLANG.


Aduan : Aduan kebocoran paip air kumbahan yang menyebabkan air bertakung di tingkat 1.


Lokasi Aduan : Blok C, Unit C14, Tingkat 1, Flat Jalan Sentol, Pandamaran, Klang.


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 27/06/2012 @ 11.00 a.m


Ringkasan Laporan :

Lawat periksa telah dilakukan di lokasi aduan dan pemerhatian pihak kami mendapati aduan tersebut adalah BENAR. Saluran air kumbahan di tingkat 1 telah bocor/pecah dan menyebabkan air kumbahan melimpah di kawasan korodor berhadapan unit pengadu. Pihak pengadu telah beberapa kali membuat aduan ke pihak Majlis tetapi tiada sebarang tindakan pembaikan yang diambil oleh pihak Majlis. Pemerhatian pihak kami juga, penyelenggaraan kuartes Majlis tidak diselenggara dengan sempurna. Walabagaimanapun, pihak kami akan memanjangkan aduan tersebut kepada Jabatan yang berkaitan untuk diambil tindakan yang sewajarnya.

LAPORAN LAWAT PERIKSA ADUAN DI FLAT SRI ANGKASA, JALAN BATU NILAM 10, TAMAN BAYU PERDANA, KLANG.


Aduan : Aduan pembinaan garaj di tempat letak kereta awam di kawasan Flat Sri Angkasa.


Lokasi Aduan : Blok L, Flat Sri Angkasa, Jalan batu Nilam 10, Taman Bayu Perdana, Klang


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 27/06/2012 @ 10.14 a.m


Ringkasan Laporan :

Lawat periksa telah dilakukan di lokasi aduan dan pemerhatian pihak kami mendapati aduan tersebut adalah BENAR. Terdapat beberapa garaj kereta persendirian telah dibina oleh segelintir penduduk di flat tersebut walaupun di dalam perjanjian jual beli rumah menyatakan tempat letak kereta adalah hak milik bersama dan tidak dinyatakan pemilik rumah mendapat satu tempat letak kereta untuk satu unit rumah. Terdapat juga kenderaan berat seperti bas kilang, lori kontena dan perdagangan diletakkan di kawasan tempat letak kereta flat tersebut. Walabagaimanapun, pihak kami akan memanjangkan aduan tersebut kepada Jabatan yang berkaitan untuk diambil tindakan yang sewajarnya.
 

LAPORAN LAWAT PERIKSA ADUAN DI SHOP APARTMENT KLANG BUSINESS PARK, TAMAN SRI SENTOSA JAYA, KLANG


Aduan : Aduan pokok liar tumbuh di atas bumbung bangunan.


Lokasi Aduan : Klang Bussiness Park, 10-3A, Jalan Bendahara 9, Taman Sri Sentosa Jaya.


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 07/06/2012 @ 11.15 a.m


Ringkasan Laporan :

Lawat periksa telah dilakukan pada 07/06/2012 pada jam 11.15 a.m dan pemerhatian pihak kami mendapati aduan tersebut adalah BENAR. Semasa pemantauan di buat, terdapat sebatang pokok yang tumbuh liar di atas bumbung bangunan. Walaubagaimanapun pihak kami ambil maklum berkenaan perkara tersebut kerana aduan tersebut adalah di luar bidang kuasa pihak kami dan pihak kami akan memanjangkan aduan tersebut kepada jabatan yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya.

LAPORAN LAWAT PERIKSA ADUAN DI PANGSAPURI BUKIT KUDA PERMAI, JALAN BUKIT KUDA, KLANG

Aduan : Kesihatan, kebersihan dan penyelenggaraan pangsapuri yang kurang memuaskan.


Lokasi Aduan : Pangsapuri Bukit Kuda Permai, Jalan Bukit Kuda, Klang.


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 22/04/2012 @ 10.50 a.m


Ringkasan Laporan :

Lawat periksa telah dibuat dan pemerhatian pihak kami mendapati keadaan pangsapuri dalam keadaan tidak diselenggara dengan baik oleh pihak pengurusan bangunan. Taman permainan dan kolam renang juga tidak berfungsi dan diselenggara. Penduduk mengadu, kawasan pangsapuri terdapat tempat pembiakan nyamuk denggi dan beberapa penghuni juga telah menjadi mangsa demam denggi. Terdapat dua buah lif yang mana, satu lif sahaja yang berfungsi dan satu lagi tidak berfungsi. Penduduk memberitahu, kekerapan kerosakan lif juga sering berlaku dan kerja-kerja pembaikan lif lambat dibuat oleh pihak yang dipertanggungjawabkan. Berkenaan kutipan sampah, kutipan dibuat setiap dua hari tetapi pemerhatain pihak kami mendapati, sampah pukal yang berlonggok didalam rumah sampah tidak dikutip dan dibiarkan memenuhi ruang rumah sampah. Pihak kami akan memohon surat maklumbalas daripada pihak pengurusan bangunan berkenaan masalah–masalah tersebut.

LAPORAN LAWAT PERIKSA ADUAN DI FLAT SRI ANGKASA, TAMAN BAYU PERDANA, PANDAMARAN, KLANG.


Aduan : Aduan 3 batang pokok besar di kawasan flat.


Lokasi Aduan : Blok L, Flat Sri Angkasa, Jalan Batu Unjur 10, Taman Bayu Perdana, Klang


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 27/03/2012 @ 12.45 p.m


Ringkasan Laporan :

Lawat periksa telah dilakukan pada 27/03/2012 pada jam 12.45 p.m dan pemerhatian pihak kami mendapati aduan tersebut adalah BENAR. Terdapat 4 batang pokok yang sederhana besar di hadapan unit BLOk L. Aduan tersebut adalah diluar bidang kuasa pihak COB dan pihak kami akan memanjangkan aduan tersebut kepada Jabatan Taman dan Rekreasi untuk tindakan selanjutnya. Walaubagaimanapun, pihak Jabatan ambil maklum berkenaan aduan tersebut untuk tujuan rekod.









LAPORAN LAWAT PERIKSA ADUAN DI APARTMENT KLANG INDAH, KG. JAWA, KLANG.


Aduan : Masalah kebersihan di kawasan sekitar Apartment Klang Indah.


Lokasi Aduan : Lorong Samarinda 13B, Taman Mesra, Off Jalan Kg.Jawa, Klang.


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 29/03/2012 @ 10.44 a.m


Ringkasan Laporan :

Lawat periksa telah di buat di lokasi aduan dan mendapati aduan tersebut adalah BENAR. Pemerhatian pihak kami pada masa lawat periksa dibuat mendapati terdapat longgokan sampah yang tidak dipungut oleh pihak yang dipertanggungjawabkan. Pemerhatian pihak kami juga mendapati terdapat sampah yang dilonggok di bawah tangga dan berhadapan unit dewan komuniti Apartment Klang Indah. Terdapat juga unit-unit rumah kosong yang dijadikan tempat pembuangan sampah dan perkara tersebut menyebabkan air bertakung dan berkemungkinan menjadi tempat pembiakan nyamuk. Pihak COB akan memanjangkan perkara tersebut kepada badan yang bertanggungjawab. Walaubagaimanapun, masalah tersebut adalah berpunca dari sikap penduduk sendiri yang tidak tahu menjaga kebersihan dan harta benda di kawasan tersebut.


















LAPORAN LAWAT PERIKSA ADUAN DI BLOK A, APARTMENT SRI BAYU, TAMAN BAYU PERDANA, KLANG


Aduan : Pemasangan bumbung tambahan yang tidak mengikut spesifikasi yang di benarkan oleh pihak PBT.


Lokasi Aduan : Blok A, Apartment Sri Bayu, Jalan Batu Unjur 10, Taman Bayu Perdana, 41200 Klang.


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 09/04/2012 @ 03.50 p.m


Ringkasan Laporan :

Lawat periksa telah dilakukan pada 04/04/2012 pada jam 12.20 p.m dan pemerhatian pihak kami mendapati aduan tersebut adalah BENAR. Setelah pemantauan di buat, terdapat beberapa unit rumah yang membina bumbung tambahan (awning) yang tidak mengikut ukuran yang dibenarkan. walaubagaimanapun, aduan tersebut di luar bidang kuasa pihak kami. Mohon dipanjangkan aduan tersebut kepada pihak Jabatan Bangunan untuk di ambil tindakan yang sepatutnya.









LAPORAN LAWAT PERIKSA ADUAN DI BLOK 3B3, LORONG BATU NILAM 1B, BANDAR BUKIT TINGGI, KLANG


Aduan : Saluran air hujan yang tersumbat.


Lokasi Aduan : No.02-01-01, Blok 3B3, Lorong Batu Nilam 1B, Bandar Bukit Tinggi, Klang.


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 04/04/2012 @ 12.20 p.m


Ringkasan Laporan :

Lawat periksa telah dilakukan pada 04/04/2012 pada jam 12.20 p.m dan pemerhatian pihak kami mendapati aduan tersebut adalah BENAR. Setelah diperiksa, terdapat takungan air di bahagian belakang premis pengadu. Pihak kami percaya, saluran air hujan yang dibina oleh pihak pemaju telah tersumbat oleh sampah-sampah yang tidak sepatutnya dan menghalang air hujan tersebut turun ke longkang besar. Untuk makluman, pihak kami ambil maklum berkenaan aduan tersebut kerana perkara tersebut adalah di luar bidang kuasa pihak kami. Walaubagaimanapun, pihak kami akan memanjangkan aduan tersebut kepada pihak pemaju atau pihak pengurusan bangunan.






LAPORAN LAWAT PERIKSA ADUAN DI PANGSAPURI IMPIAN SENTOSA, TAMAN SENTOSA, KLANG.


Aduan : Penyelenggaraan bangunan yang kurang memuaskan.


Lokasi Aduan : No.135, Jalan Dato Yusuf Shahbudin 1, Taman Sentosa, Klang.


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 29/03/2012 @ 11.15 a.m


Ringkasan Laporan :

Lawat periksa telah dilakukan pada 29/3/2012 pada jam 11.15 pagi dan pemerhatian pihak kami mendapati hanya aduan kutipan sampah sahaja yang benar. Pihak pengurusan bangunan memaklumkan kutipan sampah di kawasan pangsapuri hanya akan dikutip apabila pihak pengurusan menelefon pihak MPK. Dimaklumkan juga, pihak COB tidak menyelenggaraan kawasan pangsapuri kerana ia adalah di bawah seliaan pihak pengurusan bangunan ataupun pihak pemaju. Pihak MPK hanya bertanggungjawab ke atas kutipan sampah di kawasan tersebut. Pihak COB hanya selaku badan pemantau bagi pengurusan dan penyelenggaraan bangunan berstrata sahaja. Walaubagaimanpun pihak kami akan menghantar surat mohon maklumbalas daripada pihak pengurusan bangunan ataupun pihak pemaju.