03/07/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA ADUAN DI KONDOMINIUM REGENCY KLANG.

Aduan : Permohonan membuat garisan ” No. Parking” di lokasi-lokasi tertentu berhadapan Kondominium Regency Klang.


Lokasi Aduan : Kondominium Regency Klang, Jalan Pelangi, Klang.


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 29/03/2012 @ 12.12 p.m


Ringkasan Laporan :

Lawat periksa telah di buat di lokasi aduan dan pihak kami telah mengambil gambar lokasi yang pengadu mohon untuk dibuat garisan ” No. Parking ”. Lokasi tersebut adalah di hadapan pintu pagar pencawang TNB, di laluan keluar masuk ke rumah sampah yang terletak di belakang pencawang TNB dan berhadapan pondok pengawal keselamatan.