Aduan : Ketiadaan air di Apartment Vista Bayu
Lokasi Aduan : Apartment Vista Bayu, Taman Bayu Perdana, Klang.
Tarikh / Masa Lawat Periksa : 28/03/2012 @ 12.12 p.m
Ringkasan Laporan :
Lawat periksa telah di buat di lokasi aduan dan pihak kami telah telah
berjumpa dengan wakil pihak pengurusan bangunan bagi mengetahui situasi sebenar
aduan tersebut. Pihak kami dimaklumkan tiada kerja-kerja pemotongan air dibuat
di Apartment Vista Bayu tetapi kerja-kerja penukaran paip air dari tangki utama
yang telah bocor dan berkarat. Pihak pengurusan bangunan sudah menampal notis
berkenaan kerja-kerja pembaikan tersebut di setiap blok di Apartment Vista
Bayu. Kerja-kerja pembaikan dilakukan dari jam 10.00 malam sehingga jam 2.00
pagi dan sumber air dari tangki utama ke unit-unit kediaman telah disambungkan
pada jam 2.30 pagi.