03/07/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA ADUAN DI BLOK E, PANGSAPURI SRI REBANA, BANDAR BUKIT RAJA, KLANG.


Aduan : Penyelenggaraan yang kurang memuaskan, peti surat yang mudah dicuri dan sudah rosak.


Lokasi Aduan : Blok E, Pangsapuri Sri Rebana, Bandar Bukit Raja, Klang.


Tarikh / Masa Lawat Periksa :29/03/2012 @ 12.38 p.m


Ringkasan Laporan :

Lawat periksa telah dilakukan di lokasi aduan dan mendapati aduan tersebut adalah BENAR. Pemerhatian pihak kami, mendapati keadaan peti surat yang sudah rosak dan uzur dan dikhuatiri apabila terdapat surat didalamnya dan ia tidak tertutup akan menyebabkan surat-surat yang penting akan hilang dan basah apabila hujan. Keadaan longkang yang pecah dan dipenuhi sampah juga penyebab longkang di kawasan Blok E tersumbat. Terdapat unit rumah kosong yang dibanjiri air kumbahan yang disebabkan saluran paip kumbahan bocor ataupun pecah. Terdapat juga struktur tanah yang mendap yang memerlukan kerja-kerja pembaikan dengan secepat mungkin. Pihak Jabatan dimaklumkan, kerja-kerja penyelenggaraan masih dibawah seliaan pihak pemaju iaitu Sime Darby Property Sdn Bhd.