01/07/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI PANGSAPURI REBANA, BANDAR BUKIT RAJA KLANG:


Satu lawat periksa telah dilakukan pada 12.04.2011 berhubung aduan daripada salah seorang penghuni di pangsapuri tersebut berkenaan kebocoran paip saluran kumbahan.

Hasil lawat periksa mendapati unit A-1-12 adalah unit kosong dan merupakan unit yang terbiar. Pintu unit tersebut sudah dikopak dan dijadikan tempat untuk membuang sampah oleh segelintir penduduk di situ. Pemerhatian pihak kami, saluran paip kumbahan juga telah pecah dan menyebabkan air kumahan daripada unit diatas melimpah ke unit di bawah. Pihak pengadu telah membuat aduan kepada pihak pemaju, tetapi tiada tindakan atau maklumbalas yang diberikan oleh pihak pemaju. Walaubagaimanapun, kutipan sampah adalah mengikut jadual.