03/07/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA ADUAN DI FLAT CHI LIUNG, PANDAMARAN, KLANG.

Aduan : Meletakkan bahan merbahaya (Tong Gas) di kawasan koridor.


Lokasi Aduan : Unit D-1-5, Flat Chi Liung Off Jalan Kim Chuan, Pandamaran, Klang.


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 04/04/2012 @ 11.35 a.m


Ringkasan Laporan :

Lawat periksa telah dilakukan pada 04/04/2012 pada jam 11.35 a.m dan pemerhatian pihak kami mendapati aduan tersebut adalah BENAR. Terdapat struktur peti besi berwarna hitam yang mengandungi bahan mudah terbakar (tong gas) yang diletakkan di kawasan koridor berhadapan unit D-1-5. Untuk makluman, perkara tersebut adalah di luar bidang kuasa pihak Jabatan kami. Walaubagaimanapun, pihak kami akan menghantar surat nasihat kepada pemilik unit tersebut.