Aduan : Pengubahsuaian struktur bangunan tanpa kebenaran.
Lokasi Aduan : E1002 Blok B, Apartment Klang Villa, Jalan Sabah,
Pandamaran.
Tarikh / Masa Lawat Periksa : 23/02/2012 @ 10.20 a.m
Ringkasan Laporan :
Pihak kami telah ke lokasi aduan pada 23/2/2012 jam 10.20 pagi dan
mendapati aduan tersebut adalah benar. Terdapat penambahan struktur bangunan
pada anjung rumah dan pihak kami percaya kerja-kerja tersebut dibuat tanpa
kebenaran pihak majlis terlebih dahulu. Pemerhatian pihak kami secara teknikal,
struktur tersebut tidak kukuh kerana tiada tiang tambahan yang dibuat untuk
menyokong penambahan anjung tersebut. Pemerhatian pihak kami juga, terdapat tiga buah lori yang digunakan untuk menyedut minyak hitam terpakai dan siasatan pihak kami, dipercayai lori tersebut milik bekas pengerusi JMB Pangsapuri Klang Villa. Walaubagaimanapun, perkara tersebut
diluar bidang kuasa pihak COB kerana ia melibatkan pengubahsuaian/penambahan
struktur bangunan dan pihak kami akan memanjangkan perkara tersebut kepada
pihak Jabatan Bangunan untuk tindakan selanjutnya.