Satu lawat periksa telah
dilakukan pada 12.04.2011 berhubung aduan daripada salah seorang penghuni di
pangsapuri tersebut berkenaan pengubahsuaian kediaman tanpa kelulusan pihak majlis.
Hasil lawat periksa mendapati unit B-0-27 telah melakukan pengubahsuaian
tanpa kelulusan atau merujuk kepada pihak majlis terlebih dahulu. Pemerhatian
pihak kami, pemilik unit B-0-27 telah membuat penambahan pada belakang rumah
sehingga menutup saliran air longkang tengah diantara unit B-0-27(yang diadu)
dan unit B-0-26(pengadu). Pihak kami akan menyalurkan aduan tersebut kepada
Jabatan yang berkaitan untuk tindakan seterusnya.