Aduan : Penyelenggaraan bangunan yang kurang memuaskan.
Lokasi Aduan : No.135, Jalan Dato Yusuf Shahbudin 1, Taman
Sentosa, Klang.
Tarikh / Masa Lawat Periksa : 29/03/2012 @ 11.15 a.m
Ringkasan Laporan :
Lawat periksa telah dilakukan pada 29/3/2012 pada jam 11.15 pagi dan
pemerhatian pihak kami mendapati hanya aduan kutipan sampah sahaja yang benar.
Pihak pengurusan bangunan memaklumkan kutipan sampah di kawasan pangsapuri
hanya akan dikutip apabila pihak pengurusan menelefon pihak MPK. Dimaklumkan
juga, pihak COB tidak menyelenggaraan kawasan pangsapuri kerana ia adalah di
bawah seliaan pihak pengurusan bangunan ataupun pihak pemaju. Pihak MPK hanya
bertanggungjawab ke atas kutipan sampah di kawasan tersebut. Pihak COB hanya
selaku badan pemantau bagi pengurusan dan penyelenggaraan bangunan berstrata
sahaja. Walaubagaimanpun pihak kami akan menghantar surat mohon maklumbalas
daripada pihak pengurusan bangunan ataupun pihak pemaju.