03/07/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA ADUAN DI PANGSAPURI BANDAR SULTAN SULAIMAN, FASA BLOK 3, 4 DAN 5.


Aduan : Pembinaan garaj kereta dan pondok rehat di kawasan parkir kereta dan kecurian elektrik.


Lokasi Aduan : Pangsapuri Bandar Sultan Sulaiman Fasa Blok 3, 4 dan 5.


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 22/02/2012 @ 4.25 p.m


Ringkasan Laporan :

Lawat periksa telah dibuat pada 22/2/2012 jam 4.25 petang dan mendapati aduan tersebut adalah benar. Didapati terdapat beberapa garaj kereta dan sebuah pondok yang dibina di kawasan parkir kereta dan didapati juga pemilik garaj telah meletakkan lampu dan mendapatkan sumber elektrik dari lampu jalan. Walaubagaimanapun, perkara tersebut diluar bidang kuasa pihak COB memandangkan ia berkaitan pembinaan struktur binaan dan kecurian bekalan elektrik dari lampu jalan. Mohon dipanjangkan kepada pihak Jabatan Bangunan dan Jabatan Kejuruteraan untuk tindakan susulan.