03/07/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA ADUAN DI RUMAH KEDAI JALAN HULUBALANG 37A, TAMAN MILENNIUM SENTOSA, KLANG.


Aduan : Kacau ganggu disebabkan aktiviti bengkel pengimpalan besi


Lokasi Aduan : Lorong 29-1A, Jalan Hulubalang 37A, Taman Milennium Sentosa, Klang.


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 26/03/2012 @ 12.00 p.m


Ringkasan Laporan :

Pihak kami telah ke lokasi aduan dan mendapati aduan tersebut adalah BENAR. Terdapat rumah kedai yang dijadikan bengkel pengimpalan besi. Pengadu mengadu bengkel tersebut telah menimbulkan kacau ganggu kepada penghuni di kawasan tersebut dan kawasan-kawasan terdekat. Walaubagaimanapun pihak kami tiada kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pengusaha bengkel tersebut kerana aduan tersebut diluar bidang kuasa pihak Jabatan kami.