01/07/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI PANGSAPURI SRI AYU, BANDAR PUTERA


Satu lawat periksa telah dilakukan pada 13/04/2011 berhubung aduan daripada salah seorang penghuni di pangsapuri tersebut.

Lawat periksa bersama Ketua Bahagian Pesuruhjaya Bangunan mendapati terdapat 3 unit rumah ibadat india (Kuil kecil) di gantung pada dinding di ruang koridor berhadapan rumah pengadu. Terdapat juga limau-limau yang digunakan semasa upacara sembahyang dibuang merata-rata. Asap dan debu colok juga menganggu ketenteraman pihak pengadu dan jiran-jiran bersebelahan.