03/07/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA ADUAN DI PANGSAPURI SRI BAYU/ FLAT SRI ANGKASA, TAMAN BAYU PERDANA, KLANG.

Aduan : Pemandu teksi, lori kontena dan bas kilang meletakkan kenderaan di dalam kawasan pangsapuri.


Lokasi Aduan : Sri Bayu Apartment / Flat Sri Angkasa, Taman Bayu Perdana, Jalan Batu Unjur 10, Klang.


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 27/03/2012 @ 11.40 p.m


Ringkasan Laporan :

Lawat periksa telah dilakukan pada 27/3/2012 pada jam 12.40 p.m dan pemerhatian pihak kami mendapati terdapat segelintir pemandu teksi, bas kilang dan lori kontena meletakkan kenderaan mereka di dalam kawasan pangsapuri. Perkara tersebut telah menyebabkan tempat meletak kenderaan tidak mencukupi dan perkara tersebut menimbulkan kacau ganggu dan menyukarkan penduduk di pangsapuri untuk meletakkan kenderaan mereka kerana kawasan tempat letak kereta mereka telah diletakkan teksi, bas kilang dan lori kontena. Mohon aduan tersebut disalurkan kepada pihak Jabatan Penguatkuasaan untuk tindakan selanjutnya.