Aduan : Salahguna petak parkir
Lokasi Aduan : Blok K,
Jalan Batu Nilam 34, Bandar Bukit Tinggi, Klang.
Tarikh / Masa Lawat Periksa : 06/07/2011 @ 10.16 p.m
Ringkasan Laporan :
Pihak
kami telah melakukan lawat periksa ke lokasi seperti yang dinyatakan dan
mendapati, beberapa orang pemilik kereta meletakkan kenderaan mereka di lot
parkir yang dikhaskan untuk meletak motosikal. Malah
ini menyebabkan ruang jalan menjadi sempit dan hanya boleh dilalui oleh sebuah
kereta pada satu-satu masa. Pengadu mencadangkan agar dibina satu penghadang
besi di lot parkir motosikal bagi mengelakkan kenderaan selain motosikal meletakkan
kenderaan mereka di situ. Walaubagaimanapun, perkara ini didalam bidang kuasa
pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) Blok K dan pihak kami mencadangkan agar
pengadu membuat surat kepada pihak pemaju, Gemilang Waras Sdn Bhd agar untuk
mencari jalan penyelesaian yang terbaik.