03/07/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA ADUAN DI APARTMENT KLANG VILLA















Aduan : Pengubahsuaian struktur bangunan tanpa kebenaran.


Lokasi Aduan : E1002 Blok B, Apartment Klang Villa, Jalan Sabah, Pandamaran.


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 23/02/2012 @ 10.20 a.m


Ringkasan Laporan :

Pihak kami telah ke lokasi aduan pada 23/2/2012 jam 10.20 pagi dan mendapati aduan tersebut adalah benar. Terdapat penambahan struktur bangunan pada anjung rumah dan pihak kami percaya kerja-kerja tersebut dibuat tanpa kebenaran pihak majlis terlebih dahulu. Pemerhatian pihak kami secara teknikal, struktur tersebut tidak kukuh kerana tiada tiang tambahan yang dibuat untuk menyokong penambahan anjung tersebut. Pemerhatian pihak kami juga, terdapat tiga buah lori yang digunakan untuk menyedut minyak hitam terpakai dan siasatan pihak kami, dipercayai lori tersebut milik bekas pengerusi JMB Pangsapuri Klang Villa. Walaubagaimanapun, perkara tersebut diluar bidang kuasa pihak COB kerana ia melibatkan pengubahsuaian/penambahan struktur bangunan dan pihak kami akan memanjangkan perkara tersebut kepada pihak Jabatan Bangunan untuk tindakan selanjutnya.