Aduan : Kesihatan, kebersihan dan penyelenggaraan pangsapuri
yang kurang memuaskan.
Lokasi Aduan : Pangsapuri Bukit Kuda Permai, Jalan Bukit Kuda,
Klang.
Tarikh / Masa Lawat Periksa : 22/04/2012 @ 10.50 a.m
Ringkasan Laporan :
Lawat periksa telah dibuat dan pemerhatian pihak kami mendapati keadaan
pangsapuri dalam keadaan tidak diselenggara dengan baik oleh pihak pengurusan
bangunan. Taman permainan dan kolam renang juga tidak berfungsi dan
diselenggara. Penduduk mengadu, kawasan pangsapuri terdapat tempat pembiakan
nyamuk denggi dan beberapa penghuni juga telah menjadi mangsa demam denggi. Terdapat
dua buah lif yang mana, satu lif sahaja yang berfungsi dan satu lagi tidak
berfungsi. Penduduk memberitahu, kekerapan kerosakan lif juga sering berlaku
dan kerja-kerja pembaikan lif lambat dibuat oleh pihak yang
dipertanggungjawabkan. Berkenaan kutipan sampah, kutipan dibuat setiap dua hari
tetapi pemerhatain pihak kami mendapati, sampah pukal yang berlonggok didalam
rumah sampah tidak dikutip dan dibiarkan memenuhi ruang rumah sampah. Pihak
kami akan memohon surat maklumbalas daripada pihak pengurusan bangunan
berkenaan masalah–masalah tersebut.