21/02/2013

Wujud segera JMB / MC

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menubuh Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Majlis Perbadanan Pengurusan (MC) di 100 penempatan yang dikenal pasti bagi menjaga keindahan kawasan bawah kuasanya.
Ketua Unit Pesuruhjaya Bangunan MBPJ, Nor Shabani Johari berkata, pihaknya masih berusaha meyakinkan penduduk kawasan terbabit menerima pengurusan yang ditadbir JMB dan MC sehingga akhir tahun ini.

“Awal tahun depan, dua kawasan di sekitar Damansara akan diurus JMB untuk memastikan ia berada dalam keadaan baik dan selesa didiami.
“Sepatutnya setiap kawasan perumahan di sini sudah wujud jawatankuasa berkenaan sejak April 2008 selepas 12 pendudukan, namun pihak kami belum ambil tindakan kepada pemaju atas kelewatan itu,” katanya ditemui selepas Pelancaran Seminar pengurusan Bangunan Berstrata Kepada JMB dan MC Siri 2/2012.

Katanya, awal tahun ini, kerajaan Selangor sudah mengambil beberapa tindakan kepada pemaju yang sambil lewa mengenai penubuhan JMB di kawasan pembangunannya.

Shabani berkata, punca utama beberapa kawasan di bawah seliaan JMB tidak dapat diselenggara dengan baik kerana penduduk tidak menjelaskan yuran penyelenggaraan kepada pengurusan.
Selain itu, beliau memberitahu MBPJ tidak meletakkan kesalahan kepada pemaju semata-mata kerana keindahan suatu kawasan terjamin dengan adanya kerjasama dan sokongan pelbagai pihak terutama penduduk di situ.

“Maklum balas daripada orang ramai penting selain masalah pembayaran yang sering menjadi isu utama menyebabkan kami tidak dapat menjalankan operasi penyelenggaraan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Shabani berkata, seminar anjuran MBPJ itu bertujuan mendidik wakil JMB dan MC terutama dalam hal pengurusan undang-undang Akta 663 dan Akta 318 serta akaun selain menerangkan kelewatan pengeluaran hak milik strata.

Turut hadir merasmikan seminar yang dihadiri 120 JMB dan MC pentadbiran kawasan berkenaan, Ahli Majlis MBPJ, Ghazali Shaari.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/17

Perdana Menteri diminta campur tangan permasalahan perumahan berstrata

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta campur tangan supaya Rang Undang-Undang Pengurusan Strata 2012 tidak dilaksanakan kerana khuatir memberi kesan kepada sektor perunding serta penilai hartanah pada masa depan.
Naib Presiden Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia, Adzman Shah Mohd. Ariffin berkata, sekiranya rang undang-undang itu dilaksanakan tanpa membetulkan kelemahan ketaranya iaitu menambah perkataan 'berdaftar' terhadap pengurus bangunan, kesannya sangat besar kepada profesion itu yang rata-ratanya diterajui orang Melayu.
Katanya, berdasarkan kajian, sebanyak 58 peratus daripada pengurus bangunan berstrata ketika ini tidak berdaftar sekali gus menjelaskan mengapa keadaan rumah flat, pangsapuri dan kondominium di negara ini tidak diselenggara.
"Selain itu, masalah timbul kerana ketika ini kita mempunyai 8,000 pelajar yang akan tamat pengajian dalam bidang pengurusan hartanah, sekiranya rang undang-undang ini dilaksanakan, peluang pekerjaan mereka semakin sempit kerana perlu bersaing dengan orang ramai.
"Perkara ini boleh menjadi isu besar kerana 80 peratus daripada jumlah tersebut terdiri daripada golongan Melayu serta bumiputera. Kalau perkara tersebut terjadi, lebih ramailah anak-anak Melayu dan bumiputera yang akan menganggur," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.
Beliau mengulas kontroversi berhubung pindaan rang undang-undang itu yang sedang dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.
Menurut Adzman, campur tangan Najib itu perlu memandangkan usaha lain telah diambil pihak terlibat termasuk berbincang dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung.
"Golongan kaya yang mendiami kondominium mungkin tidak ambil peduli perkara ini tetapi bagaimana dengan mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah. Rata-ratanya mendiami rumah flat serta pangsapuri kos rendah dan kita kena akui kebanyakannya orang Melayu," katanya.
Menurut beliau, campur tangan itu juga mustahak kerana kes penyelewengan wang penduduk oleh perunding serta penilai hartanah tidak berdaftar sering berlaku namun tiada tindakan boleh diambil.
"Sudahlah harga rumah mahal, penduduk pula ditindas golongan perunding dan penilai hartanah tidak berdaftar," katanya.

Akta Pengurusan Strata ganti Akta Bangunan dan Harta

21/10/2011 8:59pm

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menggantikan Akta Bangunan dan Harta Bersama 2007 dengan Akta Pengurusan Strata yang dijangka dilaksana tahun depan.
Menterinya, Datuk Chor Chee Heung berkata, akta baru itu bagi menambah baik kerja pengurusan dan penyelenggaraan bangunan berstrata, antaranya akan melibatkan sebahagian besar pemilik sebagai anggota badan pengurusan bersama (JMB) yang lazimnya diurus pemaju.
Langkah itu bagi mengatasi masalah yang sering timbul seperti pemilik tidak membayar caj penyelenggaraan dan sikap pemilik yang ambil mudah mengenai penyelenggaraan dan baik pulih bangunan, katanya kepada pemberita hari ini.
"Ada juga pemaju yang tidak ambil peduli mengenai penyelenggaraan bangunan mereka, jadi kita mahu pemaju dan pemilik bersama-sama menubuhkan JBM di kawasan (bangunan) mereka,” katanya.
Justeru katanya, menerusi undang-undang baru tersebut semua pihak terbabit dapat membuat keputusan secara kolektif bagi menyelesaikan isu berbangkit.
Beliau yang ditemui selepas merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia (Mapex) di sini, berkata, akta baru itu juga membolehkan pembeli menerima sijil hak milik strata serentak dengan dokumen lain termasuk sijil layak menduduki (CF). – Bernama

Banyak rumah berstrata dibina kerana tanah terhad

06/02/2010 2:33pm

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Bangunan berstrata seperti rumah pangsa dan pangsapuri banyak dibina kerana ruang tapak untuk pembangunan hartanah semakin terhad di seluruh negara, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha.
Beliau berkata, sehingga Disember lepas, hampir 12,000 projek bangunan berstrata didirikan melibatkan pembinaan kira-kira 1.2 juta unit rumah yang dianggarkan didiami kira-kira lima hingga enam juta penduduk.
Menurutnya, faktor keselamatan dan keselesaan juga menjadi punca semakin ramai pembeli memilih tempat tinggal bertingkat seperti kondominium, pangsapuri dan unit perumahan di bawah pemajuan yang berkonsepkan komuniti berpagar.
”Ia melibatkan komuniti yang ramai tinggal dalam bangunan bertingkat.
“Kerana itu kita juga prihatin tentang kesejahteraan, pengurusan dan bagaimana mereka menyelenggara dan menguruskannya serta keselamatan,” katanya semasa melancarkan Seminar Pengurusan Bangunan Berstrata kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) peringkat Kebangsaan di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan sentiasa komited dalam memastikan pengurusan dan penyelenggaraan bangunan berstrata dapat dilakukan dengan berkesan.
Antaranya, kata beliau, adalah dengan mewujudkan jawatankuasa bersama antara kementerian berkaitan dalam proses penambahbaikan perundangan (penyatuan dan pindaan Akta 663 dan Akta 338). - Bernama

SEMINAR PENGURUSAN DAN PENYENGGARAAN BANGUNAN BERSTRATA




Satu seminar Pengurusan dan Penyelenggaraan Bangunan Berstrata telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Klang. Seminar yang dirasmikan oleh YB Dr Rani bin Osman itu bertujuan memberikan ilmu dan kaedah penyelenggaraan lift di pangsapuri kos rendah dan sedan sederhana dan menggalakkan kerjasama dari seluruh penduduk bagi kesejahteraan dan keselesaan mereka juga.
Dr Rani berharap seminar seharian tersebut dapat memberi input yang baik dikalangan penduduk dan pihak JMB atau Persatuan Penduduk.

1.36 juta bangunan berstrata akan terjejas

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Kira-kira 1.36 juta unit bangunan berstrata membabitkan 4.1 juta isi rumah dijangka terjejas sekiranya Rang Undang-Undang Pengurusan Strata 2012 dilulus serta dilaksanakan di negara ini.
Presiden Institut Pengurus Harta Profesional Malaysia, Ishak Ismail memberitahu, rang undang-undang yang dibentang buat kali kedua di Parlimen bulan lalu itu mempunyai kelemahan ketara sehingga bukan sahaja menjejaskan profesion perunding dan penilai hartanah tetapi rakyat secara keseluruhannya.
Katanya, tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung 'membuang' perkataan 'berdaftar' dalam kalangan pengurus bangunan yang dilantik seperti dibentangkan kali pertama di Parlimen menimbulkan persoalan serta menjadi punca rang undang-undang itu tidak wajar diluluskan.
Menurutnya, impak membuang perkataan 'berdaftar' itu sangat besar kerana membolehkan sesiapa sahaja tanpa latar belakang pengurusan, perundingan dan penilai hartanah menguruskan bangunan berstrata.
Keadaan itu, ujar beliau, memberi impak sangat besar kerana boleh menyebabkan kes penyelewengan wang penduduk yang ditipu dan dilarikan pihak tidak berdaftar.
"Dalam bacaan pertama draf rang undang-undang itu di Parlimen, menteri bersetuju dengan pindaan yang perlu dilakukan dengan menambah syarat 'berdaftar' terhadap pengurus bangunan tetapi selang dua hari kemudian, dipercayai atas tekanan golongan pemaju hartanah, menteri membuat keputusan 'membuang' istilah berdaftar tersebut tanpa berbincang dengan panel penilai termasuklah kami," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

19/02/2013

KEROSAKAN LIF BLOK B - FLAT SERI PERANTAU



Lokasi : PANGSAPURI BLOK B, SRI PERANTAU PERLABUHAN KLANG

Aduan : Kerosakan lif

Tarikh : 29 Jun 2012

Masa   : 9.30 pm

Ringkasan Laporan :-

Pemantaun berkala telah dijalankan untuk memantau lif supaya berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan oleh penduduk Pangsapuri Sri Perantau. Keseluruhan blok Sri Perantau menpunyai 10 blok yang dimana setiap blok mempunyai 2 buah lif. Apa yang dapat dilihat keseluruhan blok mempunyai 1 lif sahaja yang berfungsi. Pemerhatian dari pihak kami juga mendapati segelintir penduduk menyalahguna kemudahan lif dengan membawa masuk motosikal kedalam lif.






LAWAT PERIKSA ADUAN DI RUMAH KEDAI JALAN KASTAM



Lokasi : No.199, Jalan Kastam Pelabuhan Klang (Rumah Kedai)

Aduan : Kacau ganggu

Tarikh : 28 Jun 2012

Masa   : 10.00am

Ringkasan Laporan :-

Lawat periksa telah dibuat di rumah kedai No.199 Jalan Kastam Pelabuhan Klang berhubung aduan air basuhan di buang dari unit atas tanpa menggunakan sistem saluran yang betul dan didapati aduan tersebut adalah benar. Menurut pengadu, beliau telah memberi amaran kepada pemilik unit tersebut supaya tidak membuat pekara demikian, akan tetapi pemilik unit tersebut tidak menghiraukan amaran tersebut. Masalah ini membuatkan pengadu tidak selesa dengan keadaan yang kotor dan dengan keadaan ini pengadu bimbang boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada beliau serta pekerja beliau. Pengadu tidak berpuas hati dan terus membuat laporan kepada pihak Majlis Perbandaran Klang bagi mengambil tindakan keatas pemilik unit tersebut.







LONGKANG TERSUMBAT - APARTMENT GOLDEN VILLA



Lokasi  : Apartment Golden Villa
Aduan  : Longkang Tersumbat
Tarikh : 2/07/2012

Masa    : 11.30 pg

Ringkasan Laporan :-

Satu lawat periksa telah dibuat di Apartment Golden Villa berhubung aduan longkang di luar Apartment Golden Villa dipenuhi sampah. Menurut pengadu apabila hujan lebat longkang tersebut menghadapi masalah penggaliran, ini kerana longkang tersebut telah di penuhi sampah sehingga longkang tersebut tidak dapat beroperasi dengan baik. Selain itu, pengadu bimbang sekiranya masalah ini tidak dapat ditanggani, kemungkinan besar longkang tersebut akan berlaku banjir.






UBAHSUAI DAN PENAMBAHAN STRUKTUR BANGUNAN DAN SALAH GUNA PREMIS MAJLIS - APARTMENT SRI BAYU & FLAT SRI ANGKASA, TAMAN BAYU PERDANA





Lokasi : Apartment Sri Angkasa, Bayu Perdana Klang

Aduan : 1. Paking Kereta
               2. Kedai MPK
               3. Rumah Di Ubahsuai Jadikan Tempat Perniagaan

Tarikh : 07 Jun, 2012

Masa   : 10.00am

Ringkasan Laporan :-

Lawat periksa telah dijalankan di Apatment Sri Angkasa berhubung aduan penambahan bumbung tempat letak kerata persendirian di blok N dan mendapati aduan tersebut adalah benar. Selain itu, terdapat juga aduan berhubung kedai MPK dijadikan ruang tempat tidur, tetapi apa yang dapat dilihat tiada ruang tempat tidur di gerai MPK tersebut. Terdapat juga, pemilik yang menyewa gerai MPK yang menggunakan penyambungan wayar elekterik dari unit di blok N kepada gerai MPK untuk kegunaan kedai tersebut. Lawat periksa yang di buat juga didapati terdapat pengubahsuaian bangunan yang dijadikan sebagai tempat perniagaan seperti kedai runcit, dobi, kedai makan dan sebagainya.








18/02/2013

ADUAN TANGKI AIR DAN KERJA PENYELENGGARAAN YANG TIDAK MEMUASKAN - PANGSAPURI SRI PERANTAU



Lokasi : PANGSAPURI BLOK B, SRI PERANTAU PERLABUHAN KLANG

Aduan : 1. Rumput Di Sekitar Pangsapuri Sri Perantau Blok B Tidak Di Potong
               2. Tangki Air Utama Blok D Kotor Dan Terdapat Jentik-Jentik

Tarikh : 27 Julai 2012

Masa   : 3.30 pm

Ringkasan Laporan :-

Lawat periksa telah dibuat dan mendapati aduan tersebut adalah benar, dimana tiada pemotongan rumput disekitar kawasan blok B, Pangsapuri Sri Perantau telah dibuat dan menyebabkan rumput sedia  ada sudah menjadi panjang dan semak. Selain dari itu, terdapat aduan berhubung tangki air utama blok D, Sri Perantau, kotor dan mempunyai jentik-jentik di dalamnya. Menurut pengerusi blok D En.Ettiappan, beliau ada cuba untuk membersihkan tangki air utama blok beliau akan tetapi di luar kemampuan beliau tidak dapat menjalankan kerja-kerja pembersihan tersebut. Menurut penerangan beliau lagi, sekiranya ingin melantik kontraktor bagi melakukan  pembersihan tangki air utama memelukan kos sebanyak RM130 setiap satu tangki dan blok tersebut mempunyai 6 buah tangki. Megikut bajet kewangan blok D, Sri Perantau blok tersebut tidak mampu untuk melantik kontraktor bagi melakukan kerja tersebut, ini kerana bajet yang ada pun tidak cukup untuk menampung pembayaran bil TNB dan Syabas.











ADUAN LAMPU JALAN ROSAK - PANGSAPURI MUTIARA BUKIT RAJA 1



Lokasi  : Pangsapuri Mutiara Bukit Raja 1 & 2
Aduan  : Lampu Jalan Tidak Berfungsi
                Jalan Rosak Dan Pecah
                Dewan Tidak Teperlihara
Tarikh : 10.9.2012

Masa    : 9.00 mlm

Ringkasan Laporan :-

Satu lawat periksa telah dibuat di Pangsapuri Mutiara Bukit Raja 2 berhubung aduan lampu jalan tidak berfungsi serta jalan rosak dan pecah. Dari lawat periksa yang dibuat keadaan lampu jalan di Pangsapuri Mutiara Bukit Raja 1 dan 2 berfungsi dengan baik keseluruhannya, berbanding sebelum ini dimana keadaan lampu jalan Pangsapuri Mutiara 1 tidak berfungsi kerana terdapat kecurian pada peti fius utama.