Lokasi : Apartment Pelangi Height
Aduan : Terdapar kebocoran siling di
unit D-1-1 berpunca dari unit D-2-1
Tarikh : 4/10/2012
Masa : 9.30
mlm
Ringkasan Laporan :-
Satu lawat periksa telah dijalankan di Apartment Pelangi Height berhubung
aduan kebocoran siling di unit D-1-1 disebabkan ubah suai yang dilakukan oleh
pemilik unit atas D-2-1. Menurut pengadu, ubah suai telah dilalukan sebanyak
dua kali dan permasalahan ini berlaku selepas kerja-kerja pengubahsuaian siap
dilakukan. Setiap kali unit atas mengunakan bilik mandi, unit pengadu mengalami
kebocoran pada siling dan kebocoran tersebut telah membuatkan bilik tidur
pengadu menjadi basah serta tidak boleh digunakan.