Lokasi : Pangsapuri Palma, Bandar
Botanic
Aduan : Tidak dibenarkan membuat bayaran tunggakan caj
penyenggaraan
Tarikh : 5.9.2012
Masa : 11.00am
Ringkasan Laporan :-
Satu lawat periksa telah dijalankan di Pangsapuri Palma, berhubung aduan
tidak dibenarkan membuat bayaran tunggakan caj
penyenggaraan secara ansuran. Menurut pengadu beliau tidak di benarkan membuat
bayaran ansuran tunggakan caj penyenggaraan bangunan dan ini menyebabkan beliau
tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan Pangsapuri Palma. Pihak Pesuruhjaya
Bangunan (COB) telah menyiasat aduan tersebut dan mendapati aduan tersebut
tidak berasas, ini kerana pihak pengadu ingin membuat bayaran sebanyak RM20.00
manakala perjanjian yang telah dipersetujui minima sebanyak RM120.00 sebulan.
Pihak pengurusan tidak mengambil bayaran tersebut kerana pengadu tidak mematuhi
syarat-syarat yang telah ditandatangani sebelum ini. Menurut pihak pengurusan,
sekiranya mereka mengambil bayaran tersebut, hutang yang ditanggung oleh
pengadu bukannya berkurang malah ianya akan bertambah dari bulan ke bulan
berikutnya.