Lokasi : No.199, Jalan Kastam Pelabuhan Klang (Rumah Kedai)
Aduan : Kacau ganggu
Tarikh : 28 Jun 2012
Masa : 10.00am
Ringkasan Laporan :-
Lawat periksa telah dibuat di rumah kedai No.199 Jalan Kastam Pelabuhan
Klang berhubung aduan air basuhan di buang dari unit atas tanpa menggunakan
sistem saluran yang betul dan didapati aduan tersebut adalah benar. Menurut
pengadu, beliau telah memberi amaran kepada pemilik unit tersebut supaya tidak
membuat pekara demikian, akan tetapi pemilik unit tersebut tidak menghiraukan
amaran tersebut. Masalah ini membuatkan pengadu tidak selesa dengan keadaan
yang kotor dan dengan keadaan ini pengadu bimbang boleh mendatangkan masalah
kesihatan kepada beliau serta pekerja beliau. Pengadu tidak berpuas hati dan
terus membuat laporan kepada pihak Majlis Perbandaran Klang bagi mengambil
tindakan keatas pemilik unit tersebut.