16/02/2013

LAPORAN LAWAT PERIKSA ADUAN DI BLOK B, PANGSAPURI TAMAN PERMAI INDAH, PANDAMARAN


Aduan : Pembinaan tokong di kawasan lapang.


Lokasi Aduan : Bersebelahan rumah sampah, Blok B, Pangsapuri Taman Permai Indah, Pandamaran


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 10/12/2012 @ 10.50 a.m


Ringkasan Laporan :

Satu lawat periksa telah dilakukan di lokasi seperti yang dinyatakan berdasarkan maklumat yang diterima, pihak kami mendapati aduan tersebut adalah benar. Didapati terdapat struktur binaan berupa tokong yang dibina di kawasan berhampiran rumah sampah dan disyaki dibina tanpa kebenaran penduduk dan pihak JMB.