17/02/2013

KEROSAKAN BUMBUNG BLOK A, FLAT TAMAN KEM, PELABUHAN KLANG



Lokasi  : Flat Taman Kem, Pelabuhan Klang
Aduan  : Kerosakan Bumbung
Tarikh : 10/12/2012

Masa    : 10.00 pg

Ringkasan Laporan :-

Satu lawat periksa telah dijalankan berhubung aduan kerosakan bumbung di blok A Flat Taman Kem Pelabuhan Klang. Menurut pengadu masalah tersebut berpunca daripada hujan ribut yang melanda sekitar kawasan Pelabuhan klang pada malam sabtu dalam lingkungan jam 8.00 malam dan menyebabkan kediaman beliau A-3-4 mengalami kerosakan teruk pada bumbung beliau. Daripada kejadian itu, kediaman beliau juga turut mengalami masalah pendawaian akibat daripada hujan yang masuk melalui bumbung yang bocor tersebut.