Lokasi : Pangsapuri Bukit Tinggi 1
Aduan : 1. Rumah Kosong Di Unit A-02-20, A-03-18 dan A-04-01 Di Jadikan Tempat pembuangan sampah.
2. Dewan Sedia Ada Tidak Dapat Di Gunakan.
Tarikh :
10.9.2012
Masa : 10.00
ptg
Ringkasan Laporan :-
Satu lawat periksa telah dijalankan di Pangsapuri Bukit Tinggi 1 dan didapati
aduan tersebut adalah benar, di mana terdapat rumah kosong di unit A-02-20,
A-03-18 dan A-04-01 Blok A Pangsapuri Bukit Tinggi 1 dijadikan tempat pembuangan
sampah oleh penduduk sekitar. Menurut pengadu beliau bimbang dengan keadaan
sampah tersebut, ini kerana beliau takut berlakunya pembiakan nyamuk aedes di
kawasan tersebut berulang lagi. Selain itu, pengadu juga menunjukkan keadaan
dewan di Pangsapuri Bukit Tinggi 1 yang sama keadaannya dengan unit-unit
tersebut. Beliau berasa sedih dengan keadaan dewan, ini kerana penduduk
setempat tidak dapat menggunakan dewan yang sedia ada. Pengadu telah
menyuarakan aduan tersebut kepada pihak pemaju dan pihak pemaju memberitahu
bahawa dewan tersebut telah diserahkan pada pihak Majlis.