16/02/2013

LAPORAN LAWAT PERIKSA PENYERAHAN SKIM CERIA



Lokasi : Pejabat Pengurusan Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Mutiara Bukit Raja 2, Bandar Baru Bukit Raja, Klang


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 12/12/2012 @ 10.00 pagi


Ringkasan Laporan :

Satu lawat periksa bersama pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Mutiara Bukit Raja 2 dan pihak kontraktor, PKNS Engineering and Construction Berhad (PECB) iaitu sebuah anak syarikat di bawah PKNS yang dilantik oleh pihak PKNS untuk menjalankan kerja-kerja baikpulih bumbung pangsapuri.

Tujuan lawat periksa tersebut dibuat adalah untuk pemeriksaan akhir dan pengesahan siap kerja sebelum pihak LPHS dan pihak PECB membuat penyerahan sepenuhnya kepada pihak JMB. Selepas pemeriksaan akhir selesai dijalankan, pihak LPHS berpuas hati dengan hasil kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor dan seterusnya menyerahkan bantuan Skim Ceria kepada pihak JMB Pangsapuri Mutiara Bukit Raja 2.

Untuk makluman, pihak LPHS dan PECB memberi tempoh jaminan selama 6 bulan dari tarikh penyerahan tersebut (12 Disember 2012 sehingga 12 Jun 2013) dan jika berlaku kerosakan atau kebocoran dalam tempoh jaminan tersebut, pihak kontraktor akan bertanggungjawab untuk membaikpulih semula kerosakan tersebut tanpa sebarang caj tambahan dikenakan.

Tujuan pihak Pesuruhjaya Bangunan (COB) dijemput adalah sebagai saksi penyerahan siap kerja baikpulih untuk Bantuan Skim Ceria tersebut.