17/02/2013

LAWAT PERIKSA ADUAN DI PANGSAPURI PALMA, BANDAR BOTANIK



Lokasi  : Pangsapuri Palma, Bandar Botanic
Aduan  : Aduan Berhubung Kecurian Elektrik Dari Tiang Lampu Jalan Untuk Kegunaan Kuil
Tarikh :  20/11/2012

Masa    : 11.00am

Ringkasan Laporan :-

Satu lawat periksa telah dijalankan di Pangsapuri Palma, berhubung kecurian elektirk dari tiang lampu jalan untuk kegunaan kuil. Seperti mana yang telah dimaklumkan oleh penduduk, kecurian elektrik berlaku setiap kali aktiviti seperti sembahyang dan upacara keagamaan dijalankan di kuil tersebut. Aktiviti yang dijalankan juga telah membuatkan kacau ganggu kepada penduduk Pangsapuri Palma seperti membuat bising dan menghalang lalulintas. Penduduk  juga sebelum ini telah memaklumkan kepada pihak Majlis, agar kuil tersebut dapat dipindahkan ke suatu kawasan yang sesuai bagi mengelakkan daripada kejadian tidak dikehendaki berlaku.