Satu lawatan tapak telah dibuat
di Rumah Kedai Taman Selat Selatan, Pelabuhan Klang pada 15/03/2011 pada pukul
4.30 petang.
Lawat periksa dibuat bersama-sama dengan Ahli Majlis En. Yew Boon Lye
bagi menyelesaikan aduan penghuni yang menyatakan bangunan yang mereka duduki
tidak selamat. Ini disebabkan terdapat banyak struktur bangunan
seperti tiang, dinding dan lantai sudah mula terhakis dan retak. Selain itu di
dapati banyak unit yang tidak berpenghuni dan banyak kerosakan di dalam unit,
seperti kebocoran saluran air kumbahan, longkang tersumbat, banyak wayar
eletrik yang telah dicuri dan dipotong oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ada juga pihak individu
yang membuat penyambungan paip air tanpa meter terus ke unit-unit rumah.
Walaubagaimanapun di maklumkan bahawa, ianya di luar bidang kuasa pihak
Pesuruhjaya Bangunan kerana ia melibatkan kerosakan dan kecacatan struktur
binaan.