13/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI PANGSAPURI BANDAR BUKIT TINGGI 2







Satu lawatan tapak telah dibuat di Pangsapuri Bandar Bukit Tinggi 2 pada 20/01/2010.

Tujuan lawat periksa adalah berkenaan aduan penghuni yang menyatakan sampah tidak dikutip selama 2 minggu berturut-turut dan menyebabkan bau busuk yang mengganggu kehidupan seharian mereka. Mereka juga mengadu kedudukan rumah sampah terlalu hampir dengan rumah kediaman mereka dan ini menyebabkan mereka sentiasa menutup pintu dan tingkap rumah mereka. Mereka juga mendakwa terdapat juga orang yang bukan penghuni pangsapuri membuang sampah ke dalam kawasan pangsapuri mereka.

Oleh itu, mereka memohon kepada pihak pesuruhjaya Bangunan agar dapat menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin.