15/05/2012

LAPORAN LAWATAN DI PANGSAPURI BANDAR BUKIT TINGGI 2










Satu lawatan tapak telah dibuat di Pangsapuri Bandar Bukit Tinggi 2 pada 06/10/2009 bertujuan membincangkan beberapa masalah dan aduan daripada salah seorang penghuni di situ.

Hasil daripada lawat periksa, dan perbincangan tersebut di dapati keadaan pangsapuri dalam keadaan tidak diselenggara dengan baik. Tetapi terdapat beberapa masalah kecil berlaku di antaranya :-

a)      Keretakan pada apron.
b)      Kebersihan di kawasan harta bersama yang tidak diselenggara.
c)      Terdapat banyak pendatang asing yang menghuni di kawasan pangsapuri.
d)      Orang luar yang bukan penghuni pangsapuri telah membuang sampah mereka di kawasan pangsapuri.
e)      Terdapat lembu yang menyelongkar tong sampah dan memakan sampah.
f)       Terdapat beberapa JMB yang kurang aktif.
g)      Masalah untuk menubuhkan Persatuan Penduduk.
h)      Terdapat juga rumah yang dijadikan sarang pelacuran.
i)        Penduduk memohon agar pemaju memasang meter individu ke setiap rumah.
j)        Lori dan bas kerap paking didalam kawasan pangsapuri.
k)      Terdapat juga penghuni yang memelihara anjing didalam kawasan pangsapuri.
l)        Terdapat kebocoran paip air bawah tanah yang terletak di belakang surau yang belum dibaiki lagi.
Terdapat unit rumah yang dijadikan tokong cina.