13/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI KONDOMINIUM REGENSI, KLANG










Suatu lawatan tapak telah dibuat di Kondominium Regensi pada 20/11/2009 berhubung aduan daripada Ahli Majis MPK, En. Lim Lip Suan berkenaan dengan keadaan sekeliling di kawasan kondominium tersebut.

Hasil daripada lawat periksa pada tarikh tersebut didapati kawasan kondominium dalam keadaan bersih dan tidak banyak masalah yang timbul seperti sampah tidak dimasukkan ke dalam tong sampah yang disediakan. Terdapat juga anjing liar yang menghuni di kawasan sekitarnya dan menyebabkan sampah berselerak di sekitar tong sampah.