Aduan : Keretakan di bahagian bawah
bangunan Blok A dan Blok B.
Lokasi Aduan : Pangsapuri Villa Sentosa, Jalan Dato’ Yusof
Shahbudin 3, Taman Sentosa, Klang
Tarikh / Masa Lawat Periksa : 20/09/2011 @ 11.16 a.m
Ringkasan Laporan :
Pihak kami telah melakukan lawat periksa ke lokasi aduan seperti yang
dinyatakan dan pemeriksaan pihak kami mendapati sekeliling bawah blok bangunan
di dapati retak. Tetapi, keretakan tersebut tidak menjejaskan struktur bangunan
dan tidak membahayakan keselamatan penghuni pangsapuri. Pihak pengadu telah
banyak membuat aduan kepada pihak pengurusan bangunan dan pemaju tentang
masalah tersebut, tetapi tiada tindakan susulan yang dibuat oleh mereka. Pihak
COB memaklumkan, perkara ini melibatkan struktur bangunan dan pihak pemaju atau
pihak Pengurusan Bangunan yang perlu membuat pembaikan yang sewajarnya dan
menyelesaikan masalah tersebut.