Lawatan tapak
telah dibuat di Pangsapuri Pelangi Indah pada 27/04/2010 berdasarkan aduan yang
diterima oleh pihak Pesuruhjaya Bangunan.
Tujuan Lawat periksa dibuat adalah berkenaan aduan dari Ahli Majlis MPK
yang menyatakan bahawa pihak pengurusan bangunan tidak menjalankan kerja-kerja
penyelenggaraan. Ini menyebabkan banyak berlakunya perbuatan vendalisma di
situ. Tinjauan pihak kami mendapati memang terdapat banyak masalah yang terjadi
di situ. Antara aduan-aduannya adalah saluran najis di unit C-D-7 bawah telah
bocor dan telah menyebabkan gangguan bau busuk. Selain itu, di Blok A,
bersebelahan tangga, terdapat sofa dan meja tempat segelintir penghuni melepak
di waktu petang dan malam dan menyebabkan kacau ganggu. Penutup longkang juga
telah dicuri oleh segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab. Terdapat juga
kuil dan tokong di bina di tengah-tengah kawasan hak guna bersama.