Aduan : Pemaju mencabut meter air dan
elektrik.
Lokasi Aduan : B-L2-01, Type Tioman Taman Sri Nelayan Telok Gong,
Port Klang.
Tarikh / Masa Lawat Periksa : 01/08/2011 @ 10.15 a.m
Ringkasan Laporan :
Pihak kami telah melakukan lawat periksa ke lokasi aduan seperti yang
dinyatakan dan pemerhatian pihak kami, meter air pengadu telah dicabut oleh
pihak pemaju. Menurut pengadu, pihak pemaju tidak berpuas hati dengan tindakan
pengadu yang mengadukan beberapa perkara berkaitan masalah projek yang
dibangunkan oleh pihak pemaju, Sheikh Mah development Sdn Bhd yang beralamat No.16, Jalan Murni 1/2, Taman Langat
Murni, 42700 Banting, Selangor kepada pihak Tribunal Tuntutan Pengguna
Malaysia (TTPM). Oleh itu, pihak pemaju tidak berpuas hati di atas tindakan
pengadu dan pemaju telah mencabut meter air dan elektrik di unit pengadu. Pihak
pengadu juga khuatir bangunan yang diduduki masih belum mempunyai Sijil Layak
Menduduki (CF) walaupun pemaju sudah membuat penyerahan kunci kepada pembeli.