Satu lawat periksa telah
dilakukan pada 5/1/2010 berhubung isu pengurusan dan penyelenggaraan di
pangsapuri tersebut.
Semasa lawat periksa tersebut
diadakan, pihak COB telah berjumpa dengan En.Mohd Shariff Bin Dollah
(Jawatankuasa JMB Blok H), Puan Hapsah Binti Mahidin (Jawatankuasa Blok G) dan
En.Hafiz Bin Hj. Ismail
(Setiusaha Surau Al-Mizan Blok C). Mereka tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan dan telah membuat
aduan seperti tong sampah tidak mencukupi, dinding rumah sampah telah roboh dan
lampu kecemasan dan lampu di tempat letak motosikal tidak dibaikpulih.