16/05/2012

LAPORAN LAWATAN DI PANGSAPURI KASUARINA, BANDAR BOTANIK









Satu lawatan tapak telah dibuat di Pangsapuri Kasuarina, Bandar Botanik pada 10/01/2011 pada jam 10.00 a.m berkenaan aduan daripada salah seorang penghuni di situ.

Aduan tersebut adalah berkenaan kebocoran pada saluran air kumbahan pada bilik air di unit F-3-12 dan mengenai bilik air di unit F-2-12. Lelehan air pada siling di unit F-2-12 telah menyebabkan keretakan kecil pada struktur konkrit di bilik air tersebut. Pihak pengadu telah membuat aduan kepada pihak pengurusan tetapi tiada tindakan yang di ambil oleh pihak pengurusan, Botanic Property Services Sdn Bhd.