Satu lawat periksa telah
dilakukan pada 16.03.2011 berkenaan aduan pihak pengurusan meletakkan tong
sampah besar dihadapan lot parkir kereta.
Hasil lawat periksa mendapati
terdapat tong sampah diletakkan berhadapan rumah sampah dan bersebelahan lot
parkir kereta pemilik. Pengadu telah memanjangkan perkara tersebut kepada pihak
pengurusan, tetapi tiada maklumbalas dan tindakan yang dibuat.