13/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK KE SKIM STRATA : - Pangsapuri Amazing Heights, Jalan Sg.Udang - Pangsapuri Anggerik, Jalan Sg.Udang - Pangsapuri Bayu Villa, Bayu Perdana - Pangsapuri Sri Angkasa - Kondominium D’Haven - Pangsapuri Seri Berembang, Port Klang - Pangsapuri Samudera 2 - Flat Taman Kem

Satu lawat periksa telah dilakukan di skim yang disebutkan di atas pada 6/1/2010 berhubung isu pengurusan dan penyelenggaraan di pangsapuri tersebut dan selain itu tujuan lawat periksa adalah untuk kerja-kerja pengumpulan data-data bagi skim perumahan strata di kawasan klang.

Berikut adalah masalah-masalah yang terdapat pada skim yang dilawati :-

Pangsapuri Amazing Heights ;
-          Sampah.
-          Pembinaan surau sementara giat dijalankan di bawah Blok B.

Pangsapuri Anggerik (berhadapan Pangsapuri Amazing Heights) ;
-          Masih di dalam pembinaan.
-          80% hampir siap dibina.
-          Pemaju adalah Mahsuri Sdn Bhd.

Pangsapuri Bayu Villa, Bayu Perdana ;
-          Keadaan pangsapuri masih di dalam keadaan terkawal dan tiada aduan dibuat.
-          Kawasan diselenggara dengan baik.

Pangsapuri Sri Angkasa ;
-          Terdapat tong-tong sampah yang rosak
-          Kebanyakan sampah di longgok di luar tong sampah dan longgokan sampah adalah sampah pukal
-          Terdapat banyak gerai haram dibina dan terdapat unit rumah dijadikan kedai runcit

Kondominium D’Haven ;
-          Tong sampah yang rosak dan tidak mencukupi
-          Semak samun dan pokok besar di bahagian tepi bangunan tidak diselenggara
-          Laluan keluar masuk sempit

Pangsapuri Seri Berembang, Port Klang ;
-          Tiada JMB/MC ditubuhkan
-          Kutipan yurang penyenggaraan RM5 sebulan untuk lampu koridor
-          Terdapat 4 blok 4 tingkat kesemuanya

Pangsapuri Samudera 2 ;
- Keadaan pangsapuri terkawal dan bersih

Flat Taman Kem,Port Klang ;
-          Keadaan pangsapuri terkawal dan bersih