23/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI SKIM STRATA BERIKUT: - Pangsapuri Taman Pendamar Indah 2, Pelabuhan Klang - Pangsapuri Taman Telok Gedong Indah, Pelabuhan Klang


Satu lawat periksa telah dilakukan pada 25/3/2011 berhubung aduan yang di terima di lokasi berikut :-

Pangsapuri Taman Pendamar Indah 2

Aduan adalah berkenaan dengan pengubahsuaian struktur bangunan tanpa kelulusan pihak Majlis. Pemilik belakang rumah nombor B-O-28 telah menutup saluran longkang dan menyebabkan saliran air telah tersekat dan menyebabkan banjir di kawasan rumah pengadu. Pengadu telah menasihati pemilik rumah berkenaan supaya membuat penambahan struktur sehingga menyebabkan halangan di longkang tetapi tidak diendahkan oleh pemilik rumah tersebut. Pihak COB telah menyalurkan aduan tersebut kepada Jabatan berkenanaan dan tidakan akan diambil.

Pangsapuri Taman Telok Gedong Indah

Lawatan dibuat bersama Ahli Majlis Kawasan Telok Gedong Indah, En.Irwan. Lawatan bersama dibuat adalah bertujuan meninjau kawasan pangsapuri dan perjumpaan bersama wakil penduduk bagi mencari jalan penyelesaian bagi isu-isu yang berbangkit. Antara maslah yang mereka hadapi adalah berkenaan isu tanah mendap, keretakan bangunan, kutipan sampah yang tidak berjadual, padang permainan yang tidak diselenggara, masalah bayaran wang penyelenggaraan dan kebocoran saluran air kumbahan. En. Irwan menyatakan, pihak Majlis akan mengambil tindakan yang sewajarnya berkenaan perkaitan dan akan sedaya upaya menolong dan menelesaikan masalah-masalah yang timbul.