Aduan : Salah guna petak parkir kereta
Lokasi Aduan : Blok F, Flat Sri Bahtera, Jalan Sg. Chandong 9,
Bandar Armada Putra
Tarikh / Masa Lawat Periksa : 24/11/2011 @ 3.50 p.m
Ringkasan Laporan : Pihak
kami telah membuat lawat periksa ke lokasi seperti yang dinyatakan dan
mendapati, beberapa orang penghuni telah menyalahgunakan parkir kereta untuk meletakkan
motosikal mereka. Mereka memberikan alasan, parkir motosikal yang sediada tidak
mencukupi dan tidak selamat untuk mereka meletakkan motosikal. Walaubagaimanapun,
perkara ini terletak di dalam bidang kuasa pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB)
bagi menentukan garis panduan ataupun (House Rules) Flat Sri Bahtera dan pihak
kami mencadangkan agar pengadu membuat surat kepada pihak JMB untuk mencari jalan
penyelesaian yang terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut.