14/05/2012

LAPORAN PERBINCANGAN DI PEJABAT Y.B DR. MARIAH (AHLI PARLIMEN KOTA RAJA)

Satu perjumpaan dan perbincangan telah dibuat pada 15/7/2010 berhubung satu insiden yang disebabkan perselisihanfaham di pangsapuri Perdana Villa.

Sehubungan dengan insiden tersebut, pihak kami telah membuat satu perjumpaan di antara pengadu dan En. Azmi Jusoh, Pegawai Khas kepada Y.B Mariah. Setelah perbincangan dibuat, pihak Y.B Mariah akan mengadakan satu perjumpaan bersama Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Perdana Villa bagi menyelesaikan perkara tersebut dan akan menyiasat punca pergaduhan berlaku.