22/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI VISTA INDAH PUTRA APARTMENT, TAMAN BAYU PERDANA






Lawatan tapak telah dibuat pada 2/2/2011 berdasarkan aduan daripada salah seorang penghuni yang tidak berpuas hati berkenaan kawasan parkir kereta dijadikan tempat untuk meletak motosikal.

Hasil daripada lawatan tersebut didapati kawasan parkir motosikal yang terlalu hampir dengan unit rumah pengadu. Pengadu telah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan, tetapi tiada tindakan susulan di ambil oleh pihak pengurusan. Pokok-pokok bunga hiasan tidak diselenggara dengan baik. Terdapat juga binaan Tokong tanpa kebenaran pihak majlis dibina berhampiran parkir motosikal tanpa bumbung.