23/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI PANGSAPURI KG RAJA UDA :-  Pangsapuri Kampung Raja Uda  Flat Bunga Raya, Pandamaran  Pangsapuri Sri Bayu, Taman Bayu Perdana
















Lawatan tapak telah dibuat pada 1/3/2011 bagi memantau dan mengumpul maklumat berkenaan penggunaan meter air di pangsapuri samada ia menggunakan meter air pukal ataupun individu.

Disamping itu, pihak kami memantau dari segi penyelenggaraan dan pengurusan pangsapuri yang dilawati.

Pangsapuri Kampung Raja Uda

Sampah tidak dipungut oleh pihak yang dipertanggungjawabkan sehingga kan sampah-sampah diletakkan di luar tong sampah dan berselerakan di bahu-bahu jalan. Pemantauan pihak kami, pangsapuri menggunakan meter air jenis pukal dan pembayaran bil air dibuat oleh pihak pemaju.

Flat Bunga Raya, Pandamaran

Pintu rumah sampah yang telah hilang dan tidak diselenggara oleh pihak pengurusan dan menyebabkan penghuni yang terletak berhampiran rumah sampah membuat aduan berkenaan bau busuk tersebut. Pihak kami di fahamkan, flat tersebut adalah dibawah tanggungjawab pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK). Kabel-kabel elektrik juga kelihatan teidak terurus dan berselerakan.

Pangsapuri Sri Bayu, Taman Bayu Perdana

Hasil daripada  lawat periksa ke Pangsapuri Sri Bayu, didapati sampah-sampah tidak di pungut dan di biarkan berselerakan di bahu jalan dan di tepi rumah sampah. Kawasan pangsapuri juga tidak terurus dan dari pemerhatian pihak kami, banyak unit-unit rumah dijadikan kedai runcit. Meter air yang digunakan oleh pangsapuri tersebut adalah meter pukal.